Pindah

Telah berpin dah    http://touya4writer.blogspot.com/

Published in: on August 21, 2009 at 3:23 pm  Leave a Comment  

Percikan Peluru 1

-Natrah-

Natrah perlahan-lahan membuka matanya apabila terdengar bunyi jam loceng daripada telefon bimbitnya

Dia mencapai telefon model N1200 dan mematikan sisitem jam loceng daripada telefon tersebut.

Telefon model Nokia pemberian ayahnya itu dijaga dengan baik walaupun pad sesentuhnya telah pudar dimakan masa tetapi ada sesuatu yang menarik perhatiannya pada telefon  bimbit tersebut.

Natrah menekan punat ‘atas’ pada telefon bimbit tersebut dan bahagian hujung atas telefon
bimbit tersebut bercahaya . Dia kemudiannya menekan punat atas lagi sekali dan cahaya pada hujung telefon itu terpadam.

Dia tersenyum melihat telefon bimbitnya . Dia menghidupkan lampu di telefon dan memadamnya kembali beberapa kali  .  Satu lagi senyuman terukir di bibir.

Natrah melihat jam di telefon bimbit tersebut.  Dia sudah lewat !  Natrah meletak telefon bimbitnya di atas
meja dan menuju ke bilik air .

Setelah beberapa minit Natrah keluar dari bilik air .  Dia menatap wajahnya di cermin. Benda yang paling dibencinya telah menyerang kulit pipinya yang gebu itu.

“Jerawat , benci”  Omong Natrah seorang diri di cermin .  Berterima kasih kepada produk kecantikan yang membantunya memberi harapan walaupun iaianya adalah satu harapan yang belum tentu lagi menjadi kenyataan.

Natrah mencapai kain telekung dan memakainya , sejadah bewarna jingga bercorakkan sebuah kaabah yang tersergam
indah diletakan menghala ke arah kiblat .

Selepas memastikan jiwa , minda dan rohnya bersedia untuk bertemu yang maha berkuasa mulutnya berkumat-kamit membaca niat solat subuh dan memulakan solat. Sekitar lapan minit kemudiaan Natrah selesai menunaikan solat . Dia melipat sejadahnya dan meletaknya di  atas katil.

Natrah menuju ke dapur , dianggkatnya tudung saji . cuma ada saki baki makanan semalam. Natrah membuka periuk nasi dan dapati masih ada lagi sedikit nasi . Dia memasukkan nasi itu ke dalam mangkuk dan digaulkan dengan sedikit garam.

Natrah mengambil cabai melaka dan bawang daripada laci bahan kering . Kemudian dia mengambil lobak merah , kacang panjang kesemua bahan itu dipotong dadu ke dalam kuali .

Natrah memasukkan telur ke dalam kuali dan disusuli dengan nasi yang dicampur garam tadi . Dengan menambah  kicap manis kegemarannya daripada jenama kipas udang dia mengoreng nasi tersebut.  Apabila sudah cukupgaring dia mematikan api gas dapur dan menghidang nasi tersebut di atas meja .

Seorang remaja keluar daripada bilik dan menuju ke meja di dapur .

“Sarapan dulu ?”  Tanya Natrah

“Boleh juga ”  Remaja tersebut menarik kerusi dan duduk di kerusi tersebut . Natrah  menghidangnya sepinggan nasi goreng .

“Nasi goreng lagi ?”  Keluh remaja tersebut .

“Banyak songeh ”  Natrah meninggalkan remaja tersebut makan nasi seorang diri dan menuju ke biliknya .

Natrah memakai tudung bewarna putih .  Seputih bajunya , dia mengambil beg sekolahnya dan keluar daripada bilik .
Sebaik sahaja dia keluar daripada bilik .  Dia dapati remaja tersebut telah tiada.

Natrah menujuke meja dan mengutip pinggan-pinggan ke singki air lalu membasuhnya .

“Dah makan lari jerk”  Omong Natrah seorang diri.

Selepas membasuh semua pinggan mangkuk yang ada . Natrah keluar dari rumah dan mengunci pintu.

Dia mengambil kasutnya yang putih dan memakainya lalu berjala menuju ke sekolah . Pada Natrah berjalan kaki menuju ke sekolah adalah salah satu senaman yang baik untuknya .

Natrah bukanlah tidak mampu untuk membeli basikal malahan untuk mempunyai motorsikal bukan satu masalah tetapi memilik kereta adalah sesuatu di luar pemikirannya pada seusia begini .

Sebuah motorsikal menghalang laluanya . Penunggang motorsikal itu memakai  pakaian sekolah sepertinya tetapi bewarna biru .

Lelaki tersebut menanggal topi keledarnya dan dia memandang ke arah Natrah . Lelaki yang dikenali Natrah . Natrah tidak mampu berganjak , seolah-olah dia telah terkena satu kuasa sihir .

“Awak ?”  Kata lelaki tersebut .

“Ya ?”  Natrah sudah mula rasa gugup apabila ditegur oleh lelaki tersebut .

Mana tidaknya lelaki yang menegurnya adalah Ashraf .  Lelaki yang menjadi idaman setiap gadis bukan sahaja di sekolahnya tetapi juga satu bandar ini.

Ashraf iaitu running back terbaik sekolahnya .  Dia terkenal disebabkan oleh badannya yang ringan dan mempunyai tindak balas yang di luar dugaan .

Bidang sukan adalah sesuatu yang sudah cukup untuk dibanggakan namun ia tidak sehebat seperti unit beruniform yang dimasuki iaitu kadet polis . Ashraf adalah juara dua tahun berturut-turut di dalam acara menembak tepat mengalahkan persaing yang jauh lebih berpengalaman.

“Nama awak ?”  Tanya Ashraf

“Dia tanya nama aku! Lelaki yang paling dikehendaki oleh setiap gadis sanggup memberhentikan motor demi bertanyakan nama aku” . Natrah mula bermonolog.

“Saya tanya nama awak ?”  Ulang Ashraf

“Ah ! Natrah ” Balas Natrah

” Dia sudah tahu nama aku. Selepas ini dia pasti akan menjemput aku untuk menaiki motorsikal bersamanya .Nanti ! Aku dengan dia bukan muhrim . Mana boleh untuk aku naik motor dengan dia . Haram !  Nanti timbul fitnah .
Tetapi orang yang inin mempelawa aku adalah Ashraf . Jikalau aku tolak aku akan rugi . Rasanya tidak salah kalau aku naik motor bersama dengan Ashraf. Bagaimana pulak jika aku mengandung ?  Bahaya !  Tetapi boleh ke mengandung jika naik motor bersama ?” Natrah masih bermonolog seorang diri .

“Natrah awak okay ke ?” Tanya Ashraf risau

“Tidak , saya tidak ada apa-apa ” Balas Natrah

“Bagusla , saya cuma hendak beritahu awak beberapa hari lepas ada kes gadis yang hampir dirogol ketika balik seorang diri . Berhati-hatilah ”  Ashraf memakai kembali topi keledar dan mula memecut meninggalkan Natrah seorang diri . Jadi tujuan Ashraf berhenti cuma mahu beri peringatan kepadanya dan jauh sekali  daripada niat ingin menumpangkannya .

Geram betul hati Natrah pada waktu tersebut . Tanpa disedari oleh Natrah seseorang telah mengikut jejak langkahnya .

Natrah terus berjalan seperti biasa. Lembaga yang mengintai dari jauh menunggu peluang yang sesuai untuk menyerang Natrah .

Lembaga tersebut berkira-kira .  Perlukah dia menyerang Natrah dari depan ?” Jika  difikirkan kembali menyerang dari depan bukanlah satu idea yang bijak . Lembaga itu tahu jika menyerang Natrah dari depan . Natrah dapat mengecam wajahnya , Natrah sangat kenal lembaga tersebut .

Sekiranya lembaga tersebut menyerang dari belakang . Sukar bagi lembaga tersebut untuk memeluk Natrah . Jadi dia mengambil kata putus untuk menyerang dari tepi.

Natrah yang tidak menyedari kehadiran lembaga tersebut berjalan seperti biasa . Tetapi tidak pada lembaga itu , gerakan mesti pantas dan cekap sekiranya dia tersilap sebelum berjaya menangkap Natrah keseronokkan akan hilang .

Natrah yang merasakan dirinya diperhatikan menoleh ke belakang . Hairan tidak ada sesiapa pulak yang memerhatinya .  Apabila dia menoleh kembali ke hadapan seseorang menutup mulutnya dengan kain sapu tangan .

Lembaga tersebut cuba untuk mengunci gerakan Natrah . Walaubagaimanapun Natrah masih cuba untuk bergelut melepaskan diri.

Dengan segala tenaga yang ada dia menolak kuat lembaga tersebut . Rancangan lembaga tersebut gagal . Malahan wajahnya juga turut terdedah .

“AWAK ?”  Tanya Natrah

Published in: on August 15, 2009 at 6:58 am  Leave a Comment  

Percikan Peluru 0

-prolog-

Hujan lebat ditambah dengan kilat yang sabar menyambar . Bunyi guruh pada waktu malam
disusuli dengan angin yang begitu kuat , tidak ada sebab untuk seseorang merayau di
luar .

Tetapi tidak bagi Aliya , dia sedang bertarung dengan maut . Sekiranya dia memberhentikan
langkah pada bila-bila masa sahaja peluru akan akan menembusi mana-mana bahagian
tubuh badannya .

Nafas teresak-esak , dia belari selaju yang boleh . Selaju yang mampu , tangannya
memegang erat pistol milik ayahnya . Aliya tidak mahir untuk menggunakan pistol walaupun
ayahnya adalah pembunuh yang mahir .

Walaupun selaju mana pun dia belari namun semua itu hanya sia-sia apabila dia berada di satu kawasan
jalan mati .

Alex menghampirinya perlahan-lahan , pistol milik Alex mengacu ke arah Aliya . Aliya terlalu takut pada waktu itu , air hujan yang lebat tidak dapat melindungi wajahnya yang dibasahi dengan air mata .

“Kenapa ?” Aliya cuba untuk bersuara .

“Saya bencikan awak ” Jawab Alex dengan nada yang perlahan.

“ALEX !” Ash muncul dan mengacu pistol ke arah Alex .

“Ash ? Kau dah muncul ?” Tanya Alex walaupun jawapnnya di depan mata .

“ALEX ! LEPASKAN ALIYA ” Mata Ash memandang tepat ke arah Alex .

“Pandangan mata awak .. saya sukakannya ” Alex memberi senyuman dan pistol miliknya
masih lagi mengacu ke arah Aliya .

“ALEX ! TOLONG LEPASKAN ALIYA .Jika tidak saya akan tembak !” Ugut Ash

“Nampaknya dua orang ahli kongsi gelap dah bergaduh ” Seorang lelaki muncul .

“Awak tidak ada kena mengena dengan hal ini !” Marah Ash

“Saya tidak ada kena mengena ? Tolonglaa , saya berada di pertengahan di dalam pergaduhan
dua orang ahli Judgement . Mana mungkin saya lepaskan peluang ini”

“Judgement dah dibubarkan !” Kata Ash

“Tapi ex-judgement masih ada di depan mata ” Balas lelaki tersebut dan menyambung ” Sudahlaa , saya
tidak berminat pada ex-judgement . ”

Lelaki itu mengacu pistol ke arah Ash .

“Saya lebih berminat pada awak Ash”

“Kenapa ?” Aliya bersuara.

Alex , Ash dan lelaki tersebut memandang ke arah Aliya walaupun pistol mereka masih mengacu ke arah musuh mereka.

“Kenapa awak bunuh Natrah ?” Aliya mengacu pistol ke arah lelaki itu .

“Apa ?” Tanya lelaki tersebut .

Bunyi tembakan yang begitu kuat dilepaskan salah seorang daripada mereka ke arah musuh mereka . Musuh ? Sesuatu perkataan yang tidak pernah terlintas di dalam sebuah persahabatan . Sebuah persahabatn yang dipenuhi dengan percikan peluru.

Note : Novel thriller ini adalah adaptasi dari cerpen A.B.Cinta Aliya .

Published in: on August 8, 2009 at 6:01 pm  Leave a Comment  

Cerpen 2 : Diari

(1 Jun 2009)

“Hari ini aku kena tipu dengan rakan aku . Dia menyatakan hari ini ada kelas tetapi apabila aku sampai kelas tidak ada . Betul-betul telah membuang masa aku” – IDA

(2 Jun 2009)

“Aku tak sangka pulak ada kelas tambahan pada hari ini . Seorang pun tidak cerita padaku
Mengenai kelas ini . Satu lagi hari yang malang .” – IDA

Ida menutup diarinya dan meletakkanya di bawah bantal . Satu lagi hari yang teruk .Ida sendiri tidak faham, kenapa nasibnya begitu malang . Setiap hari bernasib malang . Mungkin ketentuan takdir . Ida memadam lampu dan nyenyak dibuai mimpi.

***

Ida mengayuh basikalnya menuju ke sekolah . Satu-satunya sekolah menengah di kampungnya.

Di dalam perjalanan dia ternampak rakan sekelasnya sedang bermain-main dengan anak kucing . Ida tidak
seberapa rapat dengannya kerana menggangap dia seorang yang pelik .

Ketika sedang mengayuh sebuah kereta bergerak laju dan melanggar lopak air yang berhampiran dengannya . Air lopak yang kotor itu membasahi bajunya .

“Ah ! Habis kotor baju aku” Marah Ida .

“Nah , ambil ” Rakan sekelasnya memberi tuala kering yang bersih .

“Ahhh ” Ida terkejut

“Ambil la”

“Te..terima kasih ” Bila pulak dia muncul ? Ida bercakap seorang diri di dalam hati.

Apabila , Ida ingin memulangkan kembali tuala milik rakannya itu , dia telah hilang .

“Kemana pulak dia dah pergi ?”

Hati Ida tiba-tiba terdetik tanda tanya kenapa pulak dia hendak bawa tuala ke sekolah . Ida melihat jam di tangan , dia sudah terlewat . Cepat-cepat mengayuh laju ke sekolah .

(3 Jun 2009)

“Malang betul , sebuah kereta yang membawa terlalu laju melanggar lopak mujurlah tidak teruk sangat basahnya . Member sekolah aku , Aidil memberiku pinjam tualanya . Entah kenapa dia membawa tualanya
bersma .”-IDA

***

“IDA !” Awak lewat lagi ? Nampaknya hari ini Cikgu Kamal benar-benar marahkan Ida.

“Alaa , cikgu saya tak sengaja “Ida memberi alasan

“Sudah !” Berdiri dekat luar !” Tengking cikgu Kamal

Ida berjalan murung ke luar , matanya mencuri lihat ke arah Aidil ,namun Aidil hanya memandang ke luar . Burung-burung yang menhinggap di sebuah batang poko lebih menarik perhatiannya berbanding apa yang
telah berlaku kepada Ida .

(3 Jun 2009)

“Malang betul , sebuah kereta yang membawa terlalu laju melanggar lopak ,mujurlah tidak teruk sangat basahnya”-IDA

(4 Jun 2009)

“Cikgu kamal bising sangat aku cuma terlewat saja , tapi tak perlu la bising sangat memarahi aku.
Aidil pulak tidak ambil peduli pun . Dia boleh pulak tengok karenah burung .”-IDA

***

Ida memasuki biliknya , malam ini dia gar letih . Mana tidaknya , kelas tambahan sampai lewat malam .

Dicapainya pen dan diari , Ida membuka diarinya dan mula ingin menulis tetapi terhenti apabila ternampak diari bertarikh empat jun.

(4 Jun 2009)

“Cikgu Kamal bising sangat aku cuma terlewat saja , tapi tak perlu la bising sangat
memarahi aku .”-IDA

“Setahu aku , aku ada tulis mengenai Aidil ” bisik hati Ida

“Ahh , biar jer ” Ida menulis diari untuk lima jun .

(5 Jun 2009)

“Hari ini aku cuba untuk berbual dengan Aidil , tetapi dia seperti melarikan diri
dari aku . Nak juga aku tahu latar belakangnya “-IDA

***

Matapelajaran sejarah iaitu subjek yang paling membosankan membuatkan Ida mengantuk .Ida melihat ke arah Aidil seperti biasa Aidil hanya melihat ke luar tingkap .

“IDA !” Jerit Cikgu Kamal

“Ya ? ” Jantung Ida mula berdenyut kuat

“Kau tengok siapa ?”

“Tidak ada sesiapa cikgu ” Ida berasa begitu malu pada waktu itu .

Kelas sejarah berlanjutan dan kemudian diteruskan dengan kelas geografi . Namun begitu Ida tidak dapat memberi tumpuan di dalam kelas. Di dalam fikirannya dipenuhi dengan persoalan mengenai Aidil .

Ida mengambil kata putus untuk menyiasat sendiri siapakah gerangan lelaki bernama Aidil. Ida mengikut belakang Aidil kemana sahaja dia pergi . Ida berpendapat bahawa kemungkinan Aidil bukan manusia biasa .

Aidil menuju ke pasar , membeli bahan-bahan dapur dan Ida hanya memerhati dari jauh . Ketika Ida mengikut gerak langkah Aidil ,tiba-tiba Aidil hilang dari pandangn matanya . Aidil hilang di depan matanya .

Ida tercari-cari kemanakah Aidil menghilang , namun usahanya gagal . Aidil lesap begitu sahaja .

Kemudian Ida teringat sesuatu , sesuatu yang penting . Diari ! Semalam Ida menulis mengenai Aidil .

Ida mengayuh basikalnya dengan laju , Sebaik sahaja dia sampai pulang. Ida bergegas lari memasuki biliknya dia segera mencapai diarinya dan melihat ke tarikh semalam .

5 Jun 2009

“-IDA

Berderau darah Ida , Ida yakin dia ada menulis mengenai Aidil . tetapi kenapa pulak diarinya boleh menjadi kosong pada 5 jun? Ida yakin Aidil ada kaitan dengan hal ini , Ida mengambil kata putus untuk bertemu Aidil . Dia mesti mendapat jawapan . Jawapan kepada persoalan yang begitu ganjil ini .

Ida menyimpan diarinya kembali. Pada Ida dia tidak berminat untuk menulis diari tersebut . Esok dia mesti bertanya sendiri pada Aidil .

***

Sebaik sahaja kelas tamat Ida mengikut jejak Aidil . Seperti semalam Aidil hilang dari pandangan .

Hari ini Ida mesti mencari Aidil sampai dapat . Ida mahu dapatkan jawapan pada hari ini juga .

Ketika Ida sedang sibuk mencari , tiba-tiba dia ditegur dari belakang .

“Cari siapa ?” Tanya Aidil

Jika diikutkan hati mahu sahaja Ida menjerit pada waktu itu . Entah dari mana datangnya Aidil .

“Saya … saya “Ida mencari alasan kukub untuk melarikan diri.

“Awak … cari saya bukan ?”Tanya Aidil .

“Err itu .. ” Ida mencari akal

“Mengenai diari ?” Tanya Aidil

Satu kenyataan diluar dugaan ini bermakna Aidil memang mengetahui asal usul diari tersebut.

“Awak ada tulis mengenai saya bukan ? Dan ia hilang begitu sahaja ?” Tanya Aidil.

Ida mengganguk , Ida tidak tahu apa yang perlu dikatakan .Ida hanya mahukan jawapan .

“Jumpa saya di pusat sumber sekolah . Dua jam dari sekarang ” Aidil meninggalkan Ida .

“Jangan lupa bawa diari awak ” Arah Aidil

Aidil hilang begitu sahaja dari pandangannya Ida tidak membuang masa . Dia segera mengayuh basikal pulang .

Sebaik sahaja pulang ke rumah dia segera ke bilik dan mengambil diarinya . Ida membuka diarinya .Satu lagi kejutan apabila dia melihat diarinya .

(6 Jun 2009)

“Hari ini sekali lagi aku dimarahi oleh guruku .Jika diikutkan hati mahu saja aku menjerit sekuat hati.”-IDA

“Ke..kenapa ?” Hati Ida mula dipenuhi dengan tanda tanya . Pertanyaan yang tidak akan terjawab.

Ida segera bersiap , selepas mandi dan mengenakan pakaian yang sesuai dia menyimpan diarinya ke dalam beg dan mengayuh basikalnya ke sekolah.

Sebaik sahaja sampai di dalam perpustakaan Aidil telah sampai di situ .Dia berada di
satu penjuru yang agar tersembunyi .

Ida terus ke arah Aidil dan menyapanya .

“Dah lama sampai ?” Tanya Ida memulakan perbincangan

“Baru sahaja , silakan duduk “Aidil mempelawa Ida.

“Jadi , dari mana hendak saya mulakan ?” Tanya Ida kepada Aidil .

Aidil memberi diarinya kepada Ida .Ida terkejut apabila dapati diari itu adalah diarinya . Sejak
bila pulak Aidil mempunyai diarinya .

“Ini diari saya !” Ida membelek-belek diari tersebut .

“Awak yakin ?”

“Mesti la !”

“Awak ada bawa diari awak ” Tanya Aidil

“Kenapa pulak dia bertanyakan soalan sebegitu sedangkan dia sedang memegang diari aku ?” Ida bermonolog seorang diri .

“Ada ”

“Tunjukkan ”

Walupun Ida tidak faham , dia mengikut sahaja arahan yang diberikan Aidil .

Ida terkejut apabila diarinya masih ada di dalam beg .

Sekiranya diari Ida di dalam beg ini bermakna diari yang dimiliki oleh Aidil tadi bukanlah milik Ida ? Tetapi kenapa diari yang diberi oleh Aidil sama sepertinya . Tidak ada sedikit pun perbezaan malahan tulisan di dalam diari Aidil adalah tulisan Ida . Malahn isi kandungan kedua-duanya
adalah sama .

“Ida tidak perlu sembunyi apa-apa . Beritahu segala-galanya yang awak tahu
mengenai diari awak kepada saya … segala-galanya “Arah Aidil .

“Baiklah , setiap hari saya tulis diari . Tidak ada apa-apa yang pelik berlaku . Pada 5 jun saya dapati terdapat perubahan mengenai apa yang saya tulis tetapi saya abaikan . Diari pada 5 jun saya tulis tentang awak tetapi pada 6 jun saya dapati dairi bertarikh 5 jun telah kosong . Pada 6 jun saya tidak tulis apa-apa namun tengah hari tadi saya dapati diari saya tertulis sendiri ” Ida menerangkan
segalanya yang dia tahu mengenai diarinya .

Aidil diam sejenak dan mula memberitahu apa yang dia tahu.

“Sama seperti awak , saya menulis diari. Tetapi pada suatu hari tulisan di dalam diari saya berubah . Tulisan itu berubah sama seperti apa yang awak tulis. Malahan tulisan di dalam diari saya adalah tulisan tangan awak . Saya mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena . Apabila saya dapati awak mengikuti saya . Saya syak awak juga tahu mengenai diari ini ”

“Jadi , apa yang perlu kita buat ?” Tanya Ida .

“Biarkan sahaja , mungkin ada baiknya kita biarkan dulu” Balas Aidil .

“Emm baiklah ”

***

Selepas beberapa minggu , Ida sudah biasa dengan diarinya . Sekiranya rajin dia akan tulis jika tidak dia hanya biarkan saja diarinya tertulis dengan sendiri .

Namun begitu Ida kurang senang kerana mengetahui apa yang tertulis di dalam diari tersebut juga tertulis di dalam diari Aidil . Ida mengambil kata putus untuk berbincang dengan Aidil.

“Maaf , tapi kalau boleh awak berikan diari awak kepada saya ”

“Diari saya ?”Tanya Aidil

“Ya, sebab saya rasa tidak senang apabila hal berkaitan dengan saya awak tahu .Saya rasa privasi saya dicerobohi maaf jika awak terasa ”

“Saya pun tidak berminat sangat dengan kehidupan awak ” Aidil memberi diarinya kepada Ida .

“Terima Kasih “Ucap Ida

“Kadang-kadang saya terfikir kenapa ada dua buah buku diari ini ?”Tanya Ida

“Sebenarnya bukan semua benda patut wujud di dunia ini” Balas Aidil

Sebaik sahaja dia pulang pada malam itu Ida menyimpan diarinya bersebelahan diari Aidil namun begitu pada keesokannya Ida mendapati diari Aidil telah hilang .

Ida mencari-cari kemanakah diari Aidil telah hilang .Setahu Ida diari itu dia simpan bersama dengan diari milik Aidil .

Ida mengambil kata putus untuk berjumpa dengan Aidil . Selepas menghantar khidmat pesanan ringkas .Ida bersiap-siap untuk berjumpa dengan Aidil .

Dia mengayuh basikal menuju ke pusat sumber sekolah . Sebaik sahaja sampai disana Ida telah dapati yang Aidil telah sampai lebih awal .

Ida segera menyapa Aidil.

“Maaf buat awak tunggu ”

“Tidak ada masalah , duduk ? ” Pelawa Aidil . “Kenapa minta saya datang ?”

Ida segera menyusun ayat yang sesuai untuk Aidil . “Begini diari awak hilang , maksud saya salah satu dari diari itu hilang”

“Saya sudah agar “Balas Aidil

“kenapa ?’Tanya Ida kembali

“Apabila saya terjaga daripada tidur saya dapati diari ini bersama saya kembali” Aidil mengeluarkan diari dari dalam beg.

“Kenapa diari itu boleh ada pada awak ?” Tanya Ida

“Tidak tahu” Balas Aidil perlahan

“Bagaimana sekarang ?” Tanya Ida lagi .

“Sa..saya betul-betul tidak tahu . Semua ini seolah-olah . Seolah-olah sesuatu yang tidak patut
berlaku .” Balas Aidil lagi.

“Bagaimana kalau kita bakar sahaja diari ini ?”Tanya Ida

“Mungkin ini penyelesaian yang terbaik”

Aidil dan Ida segera keluar daripada perpustakaan .Ida menuju ke belakang sekolah manakala Aidil pergi mendapatkan bahan api untuk membakar diari tersebut .

Selepas 15 minit menunggu Aidil muncul membawa bahan api tersebut .

“Jadi saya rasa lebih baik kita bakar sekarang ” Ida mengambil pemetik api dan botol petrol . Ida membuka penutup botol petrol tersebut , namun belum sempat dia hendak menuang petrol ke atas buku , Aidil menghalang.

“Nan..nanti dulu ” Halang Aidil

“Kenapa ?”

“Saya rasa risau sedikit , macam mana kalau sesuatu terjadi pada kau
apabila kau bakar diari ini ?”

“Betul juga , jika difirkan kembali diari ini mengenai saya . Ini bermakna jika sesuatu terjadi pada diari ini maka ia juga berlaku kepada saya ”

Aidil mencari sesuatu , sesuatu yang sesuai untuk dijadikan ujikaji, ujikaji pada diari tersebut . Selepas puas mencari dia terjumpa serpihan kaca .

“Ida , dah bersedia ?” Tanya Aidil

Ida tidak berkata apa-apa tetapi dia hanya mengganguk kepala .

Aidil kemudiannya mengores sedikit kulit buku diari tersebut dan secara tiba-tiba tangan Ida berdarah satu torehan seperti pisau di lengannya .

Ida menjerit kesakitan , belum sempat Aidil membantu Ida tanganya turut tertoreh.

“Aku pun kena ” Kata Aidil

Disebabkan peristiwa itu , mereka tahu nyawa mereka bergantung kepada diari tersebut .Sekiranya sesuatu berlaku pada diari tersebut , mereka sendiri akan menangung akibatnya . Tidak kira walau apapun yang berlaku mereka mesti melindungi diari tersebut dan rahsiakannya .

***

Pagi itu Ida bangun awal seperti biasa .Katilnya dikemas sendiri . Hari itu dia membuka diarinya lagi .

(7 Julai 2009)

” Hari ini aku melihat sendiri rakanku ditimpa kemalangan . Kepalnya
bergolek di tengah jalan memandang aku “-IDA

Ida mula berasa risau kerana hari ini adalah tujuh julai . Tetapi kenapa pulak diari tertulis lebih awal ? walaupun hatinya risau Ida cuba lawan .

Ida mencapai basikalnya dan menuju ke sekolah . Di dalam perjalanan seseorang menyapanya dari belakang .

“FATIN !” Tegur Ida

“Awal pulak ke sekolah ?” Tanya Fatin

“Hahaha macam perli jer ?” Ida senyum tawar

“Okaylaa , kalau begitu saya pergi mati dulu” Pinta Fatin.

Fatin mengayuh basikal ke tengah jalan . Sebuah lori muncul dan melanggarnya,
daging-daging dari tubuh Fatin hancur berkecai . Kepalanya tercabut dari tubuhnya dan bergolek-golek ke arah Ida . Matanya terbeliak memandang Ida.

Ida menjerit kuat melihat apa yang telah berlaku kepada rakannya sebelum dia rebah ke
bumi .

***

Ida membuka matanya , kepalanya masih pening . Badannya masih lagi gementar dengan apa yang telah berlaku pada dirinya .

Ida merasakan dirinya betul-betul bodoh .Kenapa dia masih ingin keluar ke sekolah sedangkan dia tahu akan berlaku sesuatu yang buruk . Dia sepatutnya tinggal di rumah apabila mendapat amaran tersebut.

Ahli keluarganya datang melawat namun Ida tidak mampu bersuara , perasaan trauma dalam dirinya menguasainya .

Guru-guru dan rakan-rakan turut datang namun begitu Ida tidak mempedulikan
mereka . Dia hanya mahu bertemu dengan Aidil.

Selepas beberapa jam Aidil muncul , walaubagaimanapun Aidil tidak pulak menegurnya , sebaliknya hanya memerhati dari jauh .

Dua puluh minit kemudiaan para pelawat meninggalkan Ida untuk berehat memulakan langkah dan menyapanya .

“Kenapa awak tidak beritahu lebih awal mengenai amaran di dalam diari itu ?”Tanya Aidil

“Maaf ” Satu-satunya ungkapan yang dapat diungkapkan .

“Perlukah saya berterus-terang ?” Tanya Aidil .

“Jika awak tidak beritahu sekarang , nanti saya tetap akan tahu “Balas Ida

“Sejak semalam awak tidak sedarkan diri . Hari ini diari itu memberi amaran lagi .”
Aidil memberhentikan kata dan kemudian bersuara semula.

“Awak akan lihat orang mati terjun bangunan”

Diri Ida dikuasai dengan ketakutan , dia tahu apa yang ditulis di dalam diari tersebut adalah benar.

Mereka berdua terdengar bunyi troli bergerak . Bunyi itu menuju ke arah mereka berdua . Degupan jantung mereka semakin kencang .

Semakin lama bunyi itu semakin kuat , troli itu semakin menghampiri mereka berdua . Bunyi troli itu berhenti di belakang mereka . Perlahan-lahan mereka menoleh kepala ke belakang.

“Kenapa awak pandang saya begitu ?” Tanya jururawat yang muncul membawa troli.

“Err tak ada apa-apa ” Balas Aidil

Jururawat mengambil jarum dan memasukkan sejenis cecair jernih .

“Suntikan untuk apa itu ?” Tanya Ida .

“Oh ubat tahan sakit ” Balas jururawat tersebut.

“Tapi saya tidak perlukan ubat tahan sakit ” kata Ida

“Memang laa ,saya yang nak guna ubat ini ” Jururawat itu memberi senyuman

Jururawat itu kemudiannya menggunakan jarum tersebut dan menikam matanya sendiri . Anak mata kiri jururawat tersebut berlubang ditikam dengan jarum.

“Tengok, tak sakit kan ?” Jururawat itu berlari ke arah tingkap hospital.

Aidil bertindak pantas dengan memeluk jururawat tersebut bagi menghalang jururawat itu membunuh diri . Namun begitu jururawat itu mempunyaikekuatan luar biasa dengan satu pukulan Aidil terpelanting beberapa meter .

Jururawat itu memanjat tingkap bangunan dan melompat terjun dari tingkap hospital … tingkat lapan .

Jururawat itu mati sebaik sahaja tubuhnya jatuh ke muka bumi.

***

Sejak kejadian itu , Ida hanya berkurun di dalam bilik . Dia tidak mahu bertemu sesiapapun .

Sehinggalah satu hari diari itu memberi satu lagi amaran .

(1 August 2009)

“Hari ini guruku kemalangan di hadapan ku .Ku hanya mempu melihat”-IDA

“Bila semua ini akan berakhir ?” Air mata membasahi pipi Ida .

Pada saat itu , Ida ternampak pisau lipat di meja , mungkin sudah tiba masa untuk menamatkan riwayat diari tersebut. Ida menuju kemeja dan mengambil pisau lipat itu , dia ingin menamatkan permainan
ini namun begitu tiba-tiba dia berasa pening dan terjatuh ke lantai .

Apabila tersedar daripada pengsan dia dapati dia berada di sebuah padang permainan.

Dia masih lagi terasa pening namun dia dapat melihat Cikgu Kamal sedang bermain dengan anaknya.

Ketika sedang leka bermain tiba-tiba muncul sebuah kereta di taman permainan dan melanggar mati cikgu kamal.

Melihat kematian gurunya telah memberi dia satu perasaan baru . Perasaan amarah yang mengalahkan perasaan takut di dalam dirinya . Kali ini Ida mesti lawan kembali . Ida mengambil kata putus untuk menghapuskan sumpahan ini.

Ida hanya berjalan kaki pulang ke rumah , dia sendiri tidak faham kenapa tiba-tiba dia boleh muncul di taman . Apabila dia sampai di rumah , Ida terus ke tingkap atas
dan mencapai diari tersebut.

Ida berpendapat dengan menikam diari ini dengan pisau , sumpahan ini akan tamat . Namun begitu dia tahu nyawanya akan melayang .

Ida tiba-tiba terdengar jeritan keluarganya dari bawah . Dia segera turun ke bawah dan melihat ahli keluarganya dibunuh.

“Kenapa boleh jadi begini ?’ Tanya Ida

“Bukan salah aku ” Balas Aidil

Aidil masih lagi memegang erat parang yang telah membunuh keluarga Ida.

“Kenapa kau …. ” Ida tidak mampu untuk menghabiskan katanya .

“Sebab aku mahu hidup !”

“Kau mahu hidup ?” Tanya Ida

“Satu hari aku telah terlibat di dalam kemalangan. Aku sepatutnya
mati di dalam kemalangan itu tetapi aku masih hidup. Roh aku telah terpisah dari badan . Aku masih hidup dengan menggunakan roh kau. ”

“Apa kaitannya dengan diari ?”

“Diari tersebut adalah pengantara untuk kita berdua “Balas Aidil

Ida mendiamkan diri sebelum Aidil meneruskan kata .

“Satu hari diari tersebut mula mampu berfikir dan dahagakan roh . Jadi dia bunuh mereka bertiga ”

“Kita mesti tamatkan semuanya !” Balas Ida

“Sa..saya tak mahu mati ”

“Apa maksud awak ? Ramai yang telah dibunuh !” Balas Ida

“Saya akan buat apa sahaja untuk terus hidup !” Balas Aidil

“Awak dah gila !”

Ida berlari ke atas , Aidil sempat menetak kaki Ida dengan parang dan sebagai balasan kakinya turut tercedera .

Mereka berdua menjerit kesakitan , namun Ida masih tidak putus asa . Dengan saki baki tenaga dia ada , Ida menaiki tangga menuju ke biliknya.

Aidil merangkak untuk mengejarnya , berpandukan darah Ida di lantai dia mencari Ida.

Nasib tidak menyebelahi Aidil , Ida telah sampai di biliknya dan memegang erat diari tersebut .

“Ida ! Jangan “Rayu Aidil

“Tidak , Aidil … kita mesti tamatkan semua ini”

Ida menikam diari tersebut .Tubuh Aidil kemudiannya seperti ditikam dengan pedang begitu juga Ida.

Mereka berdua menggelupur seperti ikan keli terkena air garam . Selepas
beberapa saat mereka berdua menghebus nafas yang terakhir .

Jasad Aidil kemudiannya terbakar dengan sendiri dan hilang dari muka bumi . Mayat Ida hanya terbaring di lantai. Ida telah mengorbankan nyawanya demi menamatkan sumpahan diari , walaupun Ida tidak tahu asal usul
sumpahan itu .

Dengan rosaknya diari itu sumpahan itu telah tamat , tiada lagi nyawa yang akan menjadi korban diari tersebut . Tetapi itu hanya andaian Ida , masih terdpat sebuah lagi diari … diari milik Aidil . Diari yang menatikan pengguna baru untuk dijadikan mangsa . Sesetengah benda tidak patut wujud di dunia ini.

Published in: on August 8, 2009 at 5:02 pm  Leave a Comment  

Cerpen 1 : A.B.Cinta Aliya

Kenapa Aliya diperlakukan seperti ini ? Aliya tidak pernah menyangka nasibnya akan berubah ketika berusia 18 tahun.

Ayahnya tidak pernah menjalankan tanggungjawab seoarang ayah mahupun tanggungjawab seorang manusia . Selalu balik lewat dalam keadaan mabuk , kadang-kadang jika kalah dalam perjudian tangannya begitu ringan menampar pipi emaknya.

Sehinggalah satu hari dia meninggal dalam kejadian langgar lari . Beberapa hari selepas itu barulah Aliya tahu dia telah dijual oleh ayahnya kepada along bagi melangsai hutang ayahnya.

Dalam sekelip mata impianya musnah ,Aliya dibawa oleh dua orang along menaiki sebuah kereta . Aliya tidak berani melawan kerana tidak mahu keluargaanya dicederakan.

Sekitar 45 minit kemudian , Aliya telah sampai di sebuah rumah . Rumah banglo yang begitu besar dan indah namun ketakutan di dalam jiwa membuatkan dia merasakan rumah ini seperti sebuah neraka dunia ciptaan manusia .

Seorang lelaki berdiri di depan pintu menunggu ketibaan Aliya , dia berpakaian serba putih dan berpakaian kemas .

Mata Aliya tidak dapat lari melihat wajah lelaki tersebut. Dia kelihatan begitu muda dan cara pergerakannya kelihatan agar lemah lembut berbanding dua orang along sebelum ini.

“Awak? ” Lelaki tersebut memandang tepat ke arah Aliya . Pada waktu tersebut Aiya mula rasa gelisah , pelbagai andaian berada di fikirannya sekarang.

“Nama awak ?” Sekali lagi dia bersuara , apabila lelaki itu menghampiri Aliya barulah Aliya sedar lelaki tersebut mewarnakan’rambut dengan warna perang

“Hantar dia ke bilik saya” Arah lelaki tersebut.

Mereka  membawa masuk gadis itu kedalam bilik pemuda tersebut seperti yang yang diarahkan. Di dalam bilik tersebut dipenuhi dengan pelbagai jenis arca-arca yang kelihatan agar menarik ukirannya.

Selepas membawa gadis itu masuk ke dalam bilik pemuda tersebut mereka meninggal gadis tersebut bersendirian. Selepas beberapa minit kemudian pemuda itu muncul.

Tanpa berkata apa-apa dia menolak jatuh gadis itu ke atas katil.Gadis itu mula ketakutan jantungnya berdenyut kencang , dia tidak mampu berkata apa-apa kerana terlalu takut dengan apa yang bakal berlaku kepadanya . Sedangkan nak bercakap pun sukar apatah lagi hendak melarikan diri mahupun melawan .

Lelaki tersebut turut senyap dan menarik bantal di atas katil.

“Awak ambil tilam , bantal saya punya ” Lelaki tersebut tidur di lantai tanpa berniat untuk menyentuh gadis tersebut.Malam yang sepatutnya dijangka panjang terasa seperti singkat.

***

Gadis itu terjaga daripada tidur , dia masih lagi berpakaian seperti semalam . Gadis itu melihat ke lantai dan  dapati lelaki tersebut telah tiada.

Dia memandang ke sekeliling arca-arca batu yang disangkakan mempunyai ukiran yang unit semalam sebenarnya kelihatan pelik.

Lantai bilik tersebut dilapik dengan karpet yang bewarna merah dan terdapat lukisan atau corak kepala harimau.

Selain itu terdapat beberapa bingkai gambar yang mempunyai lukisan yang menarik di dalamnya . Bingkai gambar yang terlalu banyak diletakkan di dinding bilik yang bewarna biru itu membuatkan setiap orang yang masuk ke dalam bilik ini akan menyangkakan bilik ini kepunyaan seseorang yang mempunyai masalah otak .

Di pejuru katil terdapat sebuah almari kecil yang digunakan untuk menyimpan file-file penting di atas almari digunakan untuk meletak lampu meja dan terdapat semangkuk nasi goreng bersebelahan lampu tidur tersebut.

Gadis itu mengangkat nasi goreng tersebut dan teragak-agak perlukah dia makan ?

Sifat was-was dengan bahan yang mungkin digunakan untuk membuat nasi goreng sedang berlawan dengan bunyi perutnya yang berkeroncong.

“Makan sajalah” Pemuda itu muncul berpakain baju T-Shirt putih tanpa legan tidak berkolar dengan seluar Trak hitam berjalur kuning.

Gadis itu memerhati setiap tingkah laku lelaki tersebut. Jantungnya berdenyut kuat kerana terlalu takut.

“Bukan saya yang masak , saya beli tadi.Nama saya Ash” Ash menghulur tangan ke arah gadis itu.

Tingkah laku Ash yang secara mengejut menghulur tangan ke arah gadis tersebut membuat dia terperanjat dan secara tidak senjaga telah menjatuhkan mangkuk nasi goreng tersebut.

Melihat gadis tersebut yang terlalu takut , Ash mengambil keputusan untuk meninggalkan gadis tersebut bersendirian di dalam bilik

***

Sebuah rumah yang agar jauh dari kesibukkan kota , seorang wanita dalam linkungan sekitar lima puluh tahun memerhati dua orang anaknya di dalam linkungan tujuh tahun bermain bola .

Sebuah kereta berwarna hitam menuju ke rumah wanita tersebut, berhenti beberapa meter dari kanan-kanak itu bermain.

Ash keluar daripada kereta tersebut dan berjalan menuju ke arah wanita tersebut.

“Apa lagi yang awak mahukan” Tanya wanita tua itu.

“Mak Cik , ambilah ” Ash memberi wanita tua itu sebungkus surat yang berisi sejumlah wang.

“Kenapa bagi duit dekat aku ? Kau dah beli anak aku , dan sekarang kau ingin beli aku ?” Mata wanita tua itu merah berair namun pandangannya tidak lari dari wajah Ash .

“Mak Cik , kita perlu berbincang” Ash duduk bersandar di dinding walaupun tidak mendapat kebenaran daripada wanita tersebut.

***

“Awak dah bangun ?” Muka Ash yang berada hanya sepuluh sentimeter dari wajah Aliya membuatkan Aliya terperanjat.

“BODOH !” Aliya menendang kuat Ash ke bawah.

“Selepas tiga hari bersama saya perkataan pertama yang keluar dari mulut awak adalah ‘bodoh’ ?”  Ash cuba menyembunyikan rasa senat di perutya.

“Emak awak cakap awak suka makan Koey Teow goreng. Jadi saya cuba masak sendiri” Ash menunjuk sepinggan Koey Teow yang bewarna hitam gelap dan mengeluarkan bau yang pelik.

“Jadi awak berehatla” Ash ingin meninggal bilik tersebut untuk Aliya berehat seorang diri tetapi terhenti apabila terdengar suara Aliya.

“Ah ! awak “

” Ya kenapa ?” Ash mengalih pandangan ke arah Aliya .

“Saya hendak tanya satu soalan “

“Emm, silakan” Ash berjalan perlahan-lahan ke arah Aliya.

“Boleh pinjam sejadah ?”

Bilik yang dihuni oleh mereka berdua senyap . Bunyi kicauan burung diselit bunyi cengkerik dapat didengari dari dalam bilik tersebut .

“Errr maghrib tak masuk lagi”  Ash cuba untuk memberi alasan.

“Saya hendak sembahyang subuh ”  Suara Aliya yang lembut membuat jantung Ash berdebar.

“Ah ! Saja berguarau , ada dekat bilik sebelah , Nanti saya ambilkan” Ash memberi helah.

“Awak tak guna sejadah ke ?”

“Ada ! saya selalu guna sejadah , tapi haritu sejadah terkoyak jadi saya sembahyang atas tikar . Ah ! Baru saya ingat saya ada sejadah dekat tingkap atas ” Ash berlari meninggalkan Aliya

Ash segera keluar dari rumah tersebut dan memandu sendri kereta menuju ke pusat bandar.

Sekitar 30 minit kemudian Ash telah sampai di pusat bandar . Dia mencari-cari sebuah kedai , kedai yang tidak pernah dia masuk , terlintas untuk masuk pun tidak. Matanya liar membaca papan tanda .

Akhirnya dia terjumpa apa yang ingin dicari. Ash yang tidak pernah mendapat didikan agama tidak dapat membaca tulisan di papan tanda tetapi Ash tahu bahawa tulisan itu adalah tulisan jawi.

Ash memandang ke sekeliling melilau jika ada orang yang dikenalinya nampak dia masuk ke kedai tersebut .Satu tindakan yang memalukan dan lebih teruk Ash tidak pernah pulak berasa malu untuk ketempat-tempat maksiat.

Seorang gadis yang berpakaian labuh dan bertudung , menyambut kedatangan Ash ke kedai milik ayahnya .

“Errr ya encik ?” Gadis tersebut melayan pelanggannya.

“Err , sejadah ada jual ?” Segan juga untuk Ash bertanyakan soalan mudah itu.

“Emm, ada dekat dalam “Gadis itu mengajak Ash ke bahagian dalam kedai.

Ash mengikuti gadis itu ke dalam bahagian dalam kedai untuk memilih sejadah yang sesuai.

***

Aliya mengambil mangkuk Koey Teow tersebut , dia sudah tiga hari berada di rumah ini tetapi lelaki tersebut tidak pernah menyentuhnya sedangkan dia sekarang adalah perempuan simpanan lelaki tersebut.

Hatinya mula terdetik untuk mengenali dengan lebih rapat lelaki tersebut. Sejak kecil dia didera ayahnya , satu-satunya saudara lelaki adalah ayah dan adiknya berusia 7 dan  10 tahun.

Disebabkan oleh sikap ayahnya Aliya tidak dapat bergaul dengan lelaki kerana berpendapat setiap orang lelaki bersikap kasar terhadap kaum sepertinya.

Namun tidak untuk Ash , sejak hari pertama Ash hanya berlembut kepadanya dan bersabar dengan telatahnya. Malahan Ash turut masak untuknya walaupun dia hanya seorang perempuan simpanan.

Aliya mengambil Koey Teow dan memasukkan sesudu Koey Teow ke dalam mulut. Dia mengunyah sedikit demi sedikit untuk merasai rasa sebenar masakan lelaki tersebut.

” Ada kulit telur ” Aliya memasukkan jari ke dalam mulutnya dan mengeluarkan serpihan kulit telur.

“DAH DAPAT !” Ash yang muncul secara mendadak sambil menjerit kuat mengejutkan Aliya.

“Saya dah dapatkan awak sejadah ” Ash memberi sejadah kepada Aliya. Matanya menjeling melihat koey teow di dalam pinggan.

“Emmm , terima kasih ” Aliya mengambil sejadah pemberian Ash.

“Awak dah sembahyang” Tanya Aliya lembut.

“Err , sudah . Saya dari tadi lagi dah sembahyang ” Ash berbohong.

“Awak , tahu tak. Sebenarnya saya sejak lahir ada kelebihan untuk mengukur tahap iman seseorang”

“Oh ya ke ?” Balas Ash ancuh tak ancuh.

“Awak tak sembahyang ” Aliya menjadi semakin berani

“Mana awak tahu ?” Rahsia Ash begitu mudah terbongkar .

“Orang yang beriman boleh nampak kebaikkan dan kejahatan pada seseorang .Di kepala setiap orang ada lingkaran bulatan .  Orang yang tidak sembahyang ada lingkaran bewarna hitam ” Aliya mempermainkan Ash.

“Ya ke ?” Ash tidak pernah tahu tentang itu semua.

“Tak ! saya tipu” Entah kenapa hati Aliya pada waktu itu ,terasa begitu mengembirakan sedangkan dia sepatutnya di dalam bahaya .

***

Ash perlahan-lahan membuka matanya dari tidur . Kepala dia terasa agar berat untuk bangun , kalau diikutkan hati mahu sahaja dia sambung tidur kembali.

Tiba-tiba Ash dapati Aliya telah hilang daripada katil. Otak Ash mula memikirkan pelbagai perkara, ke mana Aliya telah menghilang . Tetapi apa yang kuat di fikiran Aliya mungkin telah melarikan diri.

Tidak kira walauapapun berlaku, Aliya tidak boleh lari daripada rumah. Jika berlaku sesuatu kepada Aliya , Ash akan rasa bersalah . Rasa bersalah kerana mungkir janji kepada ayah Aliya .

Namun belum sempat untuk Ash mengambil sebarang tindakan Ash kedengaran bunyi sesuatu dari dapur , lantas Ash menuju ke dapur.

Aliya sedang memasak di dapur , disangkakan Aliya telah melarikan diri , namun sebenarnya Aliya hanya berada di dapur.

Pada waktu tersebut Ash betul-betul rasa lega. Tanpa berfikir panjang Ash mermeluk Aliya .

Tindakan mendadak Ash membuatkan Aliya tergamam , mahu sahaja dia menolak Ash .Namun ada sesuatu yang menghalang . Jantungnya berdenyut kencang namun bukan kerana takut , tetapi disebabkan satu perasaan , perasaan yang tidak pernah dirasainya.

“Maaf” Ash melepaskan perlukannya.

“Emm tak … tak apa” Tindakan Ash tadi sedikit sebanyak menakutkan dia . Namun Aliya yakin Ash tidak berniat jahat . Satu keyakinan yang terlalu kuat bagi mereka yang baru berjumpa empat hari lepas.

“Awak masak apa ?’

“Nasi goreng , silakan ” Aliya menghulurkan sepinggan nasi goreng.

Ash menjamah Nasi Goreng masakan Aliya . Aliya hanya memandang setiap tingkah laku Ash .

“Aliya saya hendak minta tolong sikit”

“Apa ?”

“Ajar saya sembahyang “

Ash sendiri tidak tahu kenapa dia boleh minta hajat seperti itu .Dalam dirinya terbuak-buak dengan satu sifat ingin tahu , satu sifat yang mencari ketenangan keinginan yang terlalu kuat sehingga menghapuskan segala rasa segan .

“Boleh , tapi …. ” Aliya tidak meneruskan katanya , tetapi matanya memandang kepala

Ash .

“Apa ? Pasal lingkaran tu cuma gurauan jer kan ?” Tanya Ash

“Haah . tapi rambut awak “

“Kenapa ?”

“Awak warnakan rambut awak “

“Jadi ?’

“Tak sah , kalau rambut diwarnakan”

“Kalau begitu saya akan hitamkan kembali”

“Tak boleh , awak kena gunting semua rambut tu , gunting sampai botak”

“APA ?”

“Oh hehe, jangan risau . Saya ada gunting”

Aliya menunjukkan gunting yang bewarna pink itu ke arah Ash

“Saya tak ingat ada gunting seperti itu”

“Oh hehe , saya bawa dari rumah . Saya simpan dalam baju. Ingat bila awak nak ambil kesempatan dekat saya , saya akan tikam awak”

“Awak simpan dalam baju ?”

Hari itu Ash berasa lega , kerana dia tidak pernah mengambil kesempatan dekat Aliya . Dia sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi padanya jika ditikam dengan gunting.

***

Hari demi hari Aliya semakin rapat dengan Ash . Dia tidak pernah disentuh oleh Ash walaupun status dia sekarang adalah perempuan simpanan. Walaupun pernah sekali dia dipeluk oleh Ash itu pun disebabkan Ash risau akan kehilanggannya .

Aliya kini mula hidup mewah , namun dia masih tidak lupakan ahli keluarga. Dia selalu mengirim wang kepada keluarga. Tidak dapat dibayangkan perasaannya apabila Ash membantu kelaurga Aliya .

Sifat Aliya menjadi bertambah ceria dan periang . Selain itu dia selalu membantu Ash yang di dalam tekanan. Namun hatinya sendiri masih belum sedar dia telah jatuh cinta kepada Ash .

Ash yang menyimpan satu rahsia berasa serba salah untuk menceritakan segalanya tentang ayah Aliya.

Kegiatan Ash makin lama makin berkurang . Pendapatan Ash menjadi semakin sedikit namun Ash yang satu masa dahulu seorang yang pentingkan kehidupan dunia sudah tiada.

Ash mula belajar mengenai agama islam dengan bantuan Aliya . Pada mulanya Ash bersembahyang dengan tunjuk ajar Aliya namun kini Asah adalah Imam dan Aliya adalah makmum.

“Errr, Ash .Saya nak tanya sedikit” Aliya menghulur nasi putih kepada Ash.

“Tanya jerlaaa ” Ash menjamah nasi putih berlaukkan gulai ayam.

“Ash … err saya tahu saya sudah dijual kepada awak tetapi tak maniskan ?” tanya Aliya

“Emmm setuju”

“Maksud saya , awak dah tahu kita bukan muhrim kan ?”

“Emm setuju”

“Jadi , tak baik kalau bukan muhrim berdua-duaan nanti mendatangkan maksiat”

“Emm setuju”

“Awak mesti tak mahu bebaskan saya bukan ?”

“Emm setuju”

“Jadi boleh tak kalau kita kahwin ?”

“Emm setuju”

“Ah , maaf saya… saya , cuma “Aliya kehilangan kata

“Saya setuju”

“Errr, awak . Saya takpala , saya tahu awak tak setu.. awak cakap apa tadi ?”

“Saya setuju”

“Setuju nak kahwin dengan saya ?”

“Yup, kalau awak sudi “

Saat itu Aliya tidak menyangkakan bahawa Ash sudi menjadi suaminya. Selain itu Ash juga tidak menyatakan sebarang syarat. Aliya yang mencintai Ash secara diam itu tidak terlintas perkahwinan ini atas dasar cinta atau kerana Ash tidak mahu melepaskannya kerana dia telah dijual. Apa yang penting untuk Aliya , dia ikhlas untuk menjadi isteri Ash , atas dasar cinta.

Di atas permintaan Aliya , mereka mahukan perkahwinan itu dipercepatkan. Ash telah bertaubat dan Aliya  takut sesuatu yang tidak manis berlaku kepada mereka berdua yang bukan muhrim tinggal bersama.

Ash pulak tidak banyak karenah , segala permintaan Aliya ditunaikan. Ash sudah masak dengan perangai Aliya. Setiap permintaan Aliya bukan untuk kepentingannya tetapi semuanya demi mereka berdua.

Pada malam itu juga Ash membawa Aliya berjumpa kembali keluarganya yang telah lama berpisah.

Ash memandu kereta waja menerusi jalan yang agar suram . Aliya tidak sabar-sabar hendak berjumpa keluaganya.

Namun begitu ketika di dalam perjalanan kereta mereka terlibat di dalam kemalangan dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang . Ash yang sejak di bangku sekolah memandu kereta dengan cekap dapat mengawal keretanya daripada terlanggar sebatang pokok selepas keretanya berputar beberapa kali.

“Aliya ! Awak tidak apa-apa ?” Ash mengerak-gerakan bahu Aliya

“Ash”Aliya membuka mata

“Ash membantu Aliya keluar daripada kereta .Mujurlah mereka berdua tidak menghadapi sebarang kecederaan.

“Satu bunyi tembakan disusuli dengan percikan api di pintu berhampiran dengan Ash . Tembakan yang hampir mengenai Ash.

“Ash menarik tangan Aliya dan berlindung di sebalik kereta.Beberapa das tembakan dilepaskan tetapi tidak ada satu pun yang mengena.

“Ash !”Aliya menjerit

“Aliya bawa bertenang “Ash menggegam tangan Aliya

“Awak boleh jalan ?”

Aliya mengganguk

“Orang itu menembak dari jauh walaupun mereka menguasai keadaan tetapi mereka tidak datang menghampiri kita , ini bermakna mereka tahu saya cekap dalam tembak-menembak.

“Ash jangan bunuh mereka , tembak di tangan atau kaki saja boleh ? “

“Err , susah Aliya”

“Kenapa ? Awak jangan jadi pembunuh .Kalau awak nak bunuh diorang , biar saya yang lakukan ” Desak Aliya

“Tak boleh !”

“Tapi Ash”

“Saya tak bawa pistol”

“ASH ! Kenapa saat-saat macam ini awak tak bawa pistol”Marah Aliya

“Mana ada orang bawa pistol jumpa dengan bakal mak mentua” Balas Ash

“Ceh , harap nama jerk ganster . Benci !” Aliya memasam muka.

“Aliya …. awak merajuk ?”

Aliya tidak menjawab , dia memandang ke bawah.

“Okayla , Aliya saya bersalah . Sekrang kita di antara hidup dan mati kita mesti larikan diri okay ?”

“Emm ! Ash kita berunding dengan diorang.”

Ash hanya mengganguk,namun belum sempat Ash membuat tindakan seterusnya.Aliya bangun dari tempat persembunyiaan

“Orang jahat ! Kita berbincang . Apa kata korang bunuh Ash jer lepaskan saya ?”

Satu tembakan tepat dilepaskan , peluru itu meluru laju tepat ke arah kepala Aliya , mujurlah Ash sempat menarik Aliya ke bawah sebelum peluru sempat mengenai sasaran.

“Aliya, serius sikit boleh ?” Marah Ash

“Ala , Ash dengan orang jahat tak boleh bawa bergurau”

Tiba-tiba tembakan berhenti, Ash terus menarik tangan Aliya  melarikan diri dari situ.

“Saya rasa , mereka sedang mengisi  peluru pistol.Dalam beberapa saat ini lari sejauh yang boleh.”

Ash membawa Aliya lari masuk di dalam hutan. Pokok-pokok yang di dalam hutan menyukarkan pihak musuh mencari mereka . Selain itu pokok-pokok ini dijadikan perlindungan peluru musuh.

Mereka berlari terus ke sebatang sungai.Air di dalam sungai itu tidaklah terlalu dalam dan arus agar perlahan.

“Aliya , guna sungai ini sebagai panduan.Awak akan sampai ke pekan nanti.”

“Saya akan lengahkan diorang”

“TAK NAK !” Jerit Aliya

“Aliya, tolong .Ini bukan hal main-main”

“TAPI SAYA CINTAKAN AWAK !” Jerit Aliya

Berderau darah Ash mendengar ungkapan dari mulut Aliya. Jika diikutkan hati mahu sahaja dia peluk Aliya.

“Saya cintakan awak , saya tak kisah untuk mati bersama awak”

“Aliya , sebab itu saya tak nak ikut cakap awak kali ini”

“Ash ?”

“Maaf , saya tak nak mati bersama awak”

“Ash , kenapa ?” Air mata membasahi pipi Aliya

“Kerana saya cintakan awak , saya pilih untuk terus hidup bersama awak.Walau apa pun yang terjadi.” Balas Ash

Mendengar pengakuan dari Ash hatinya menjadi cair. Kata-kata daripada Ash memberinya semangat baru untuk terus hidup.

“Aliya , guna sungai lekas. Jangan risau saya akan ikut awak kemudian” Desak Ash

“Janji ?” Tanya Aliya

“Janji , saya cintakan awak “kata Ash

“Saya cintakan awak”

Aliya berlari meninggalkan Ash menjadikan sungai sebagai panduan

***

Dua orang yang melepaskan tembakan mencari Ash yang sedang bersembunyi dalam hutan . Mereka juga telah memastikan pistol dapat  berfungsi dengan baik . Mereka mesti pastikan Ash dan Aliya mati pada malam ini juga .

Selepas beberapa minit mencari mereka ternampak Ash berdiri di sebatang sungai . Salah seorang dari mereka mengacu pistol , selepas dipastikan sasaran mulut

pistol ke arah kepala Ash dia bersedia untuk melepas tembakan .Tembakan yang tepat mengenai kepala Ash .

Namun begitu dia masih belum sempat untuk menarik punat pistol rakannya menghalang.

“Jangan !”

“Apa ?”

“Saya kenal Ash , dia bukan bodoh nak berdiri di kawasan lapang. Ini adalah perangkap !”

“Perangkap ?”

“Mungkin perangkap , tapi Ash tidak akan korbankan nyawanya dalam erti kata lain , serah diri. Dia menyerah “

“Ash ? Mengaku kalah ?”

“Tak , lebih pada rundingan”

“Rundingan tidak diterima”

“Bukan sebarang rundingan”

“Maksud awak ?

“Ash nak lengahkan masa , masa untuk perempuan tu lari.”

Ssekarang ? Apa yang kita perlu buat ?”

“Kita pergi bersemuka dengan dia”

“Kau yakin ?”

“Emm , jom”

Mereka berdua keluar dan bersemuka dengan Ash . Kedua-duanya telah mengacu pistol ke arah Ash.

“Hai ! Alex dan Akim ” Sapa Ash tenang

“Oh , puas saya cari awak .Kalau ikutkan hati nak saja saya tembak terus. Harapkan Alex halang jer” Balas Akim

“Seperti yang disangkakan , tindakan bijak Alex” Puji Ash

“Ash , saya bukan lagi rakan kau” Alex memandang Ash dengan kebenciaan

“Jadi Akim , awak adalah punca segalanya ?” tanya Ash

“Ya , saya dah bosan ikut jejak langkah ketua kita” Balas Akim

“Jadi awaklah yang bunuh dia ?” Tanya Ash

“Saya sendiri langgar dia , tapi tak sangka dia wasiatkan kumpulan ini kepada anaknya” Balas Akim

“Awak bunuh ketua , kerana nak ambil alih kumpulan ?” Tanya Ash

“Semua itu rancangan saya , Saya yang akan jadi ketua kumpulan ” Balas Akim

“Kalau begitu , bagaimana dengan Alex ?” Tanya Ash

Ash menggunakan kelemahan perancangan Akim untuk menguasai keadaan.

“Dia akan jadi pembantu aku “Ujar Akim

“Oh ? Cuma jadi pembantu. Dia melakukan perkara yang sama awak lakukan .TapI habuan dia tidak setimpal apa yang awak akan dapat ?” Ash semakin menguasai keadaan .Kata-kata Ash mula menghasuti pemikiran Alex.

“Kim jangan risau , saya cuma mahu bunuh Ash “Balas Alex

Seperti yang difikirkan oleh Ash . Alex cuma rakan subahat dan Alex sejak dari awal tidak berminat dengan menguasai kumpulan , sasaran Alex hanya satu iaitu Ash .Ash mesti bijak , tersilap langkah dia akan maut , satu-satunya senjata yang dia ada sekarang adalah akal.

“Ash saya tahu niat awak. Mahu kami berdua bergaduh , untuk lengahkan masa untuk perempuan itu bukan ?”Tanya Akim

Dari percakapan Akim , Ash tahu bahawa mereka belum menjumpai Aliya . Itu sudah  cukup bagus . Asalkan tidak ada sesuatu yang buruk berlaku pada Aliya ketika melarikan diri bersendirian maka mustahil untuk Akim dan Alex menjumpainya.

Akim dan Alex menjumpainya sepuluh minit selepas dia dan Aliya berpisah. Sebenarnya sepuluh minit sudah cukup untuk Aliya larikan diri . Jadi tiba pulak masa untuk Ash selamatkan diri . Dia mesti terus hidup , Ash ingin menjumpai Aliya .

“Awak bunuh ketua sebab hendak menguasai kumpulan . Tetapi ketua lagi bijak , dia menulis wasiat lebih awal untuk kumpulan diwarisi oleh anaknya” Ash memulakan rancangannya

“Jadi saya cuma perlu bunuh anaknya” Balas Akim lagi

“Bukan ke saya dah cakap ketua lagi bijak ? Walaupun di dalam surat wasiat ditulis diwaris untuk anaknya . Namun kumpulan tersebut diwarisi untuk aku ” Balas Ash

“Kau jangan merepek . Di dalam wasiat itu mengatakan untuk kau lindungi anaknya . Dia minta kau untuk gunakan orang kananya dan orang yang paling rapat pada kau untuk tujuan ini” Balas Akim

“Memang betul , orang kananya adalah awak dan orang paling rapat pada saya adalah Alex” Balas Ash

Sejak kali pertama Ash membaca wasiat itu , Ash tertarik dengan perkataan ‘gunakan’ . Ash tahu perkataan ini membawa maksud yang tersendiri.

“Tapi apa yang awak arahkan kepada kami berdua cuma bawa anaknya berjumpa awak” Alex menyampuk.

“Betul , awak bawa Aliya berjumpa saya dengan membohonginya yang menyatakan ketua menjual Aliya kepada saya disebabkan hutang terlalu banyak “Terang Ash

“Untuk apa ?” Alex mula terasa sesuatu

“Untuk melindungi Aliya , ketua tahu anaknya dalam bahaya. Dan dia tahu orang yang membunuhnya adalah awak berdua . Sebab itu dalam wasiat nama saya disebut jelas tetapi nama awak berdua dalam bentuk kiasan , sebab ketua mahukan saya perhati awak berdua bukan minta bantuan awak berdua”

“Kim , jika saya berkahwin dengan Aliya hak kumpulan kita akan diberikan kepada saya . Kalau awak bunuh saya sekarang . Ahli lain akan cari awak .Tetapi kalau awak bunuh Alex. Saya akan bagi awak kumpulan ini. Saya cuma mahu hidup ” Tawar Ash

Akim yang mendengar tawaran itu tanpa berfikir  panjang mengacu pistol ke arah Alex .Tetapi belum sempat Akim melepaskan tembakan , Ash membaling pisau lipat ke lengan Akim. Membuatkan pistol ditanganya terjatuh ke tanah.

“Alex ! Sekarang !” Jerit Ash.

“Nanti Alex , aku… ” Tidak sempat Akim memberi perjelasan Alex melepaskan satu tembakan di kepala.

“Apa yang awak buat ?” Tanya Alex sambil mengacu pistol ke arah Ash

“Apa ?” Tanya Ash tenang .

“Dia boleh bunuh saya tadi , kenapa awak tolong saya ?” Tanya Alex

“Mudah , awak jenis setia jadi agar sukar untuk saya hasut awak. Tak macam Akim yang tamak , dia tidak akan berfikir panjang” Balas Ash

“Tetapi awak tetap akan mati bukan ?”

“Tak , dari awal saya tak rancang nak mati”

“Apa ?”

Ash memetik jari dan beberapa ahli kumpulan yang masihsetia pada Ash muncul secara tiba-tiba . Mereka mengacu pistol ke arah Alex

“Kenapa boleh ?” Alex terpingga-pingga

“Semua ini dirancang sejak kematian ketua , saya mengesyaki awak berdua berdasarkan wasiat ketua. Tetapi saya tidak tahu kebenarannya tanpa bukti. Untuk menyembuyikan syak wasangka saya dari kamu , saya telah mempertaruhkan Aliya dengan meminta kamu bawa Aliya berjumpa saya . Saya juga minta kamu menipu dengan Aliya bahawa ketua banyak hutang dan menjualnya kepada saya”

Ash menghampiri Alex dan mengambil pistol dari tangannya dan meneruskan kata.

“Apabila Aliya berada bersama saya , dia dilindungi oleh saya dengan sepenuhnya . Dalam erti kata lain keselamatan dia terjamin . Saya tahu satu hari nanti kamu akan bertindak . Jadi saya cipta peluang untuk kamu”

“Peluang ?” tanya Ash

“Ya, peluang untuk kamu berdua bunuh saya iaitu malam ini. Saya membertahu kamu bahawa saya akan berkahwin dengan Aliya pada malam ini . Saya tahu Akim akan bertindak untuk menghalangnya kerana jika saya berkahwin dengan Aliya , kumpulan akan jadi milik saya . Dan saya tahu awak juga akan halang saya kerana ..” Ash tidak sempat mneruskan katanya  apabila Alex menyampuk.

“Awak penggunakan saya ?” Tanya Alex

“Maaf .. saya mempermainkan keikhlasan cinta awak pada saya”

Mata Alex mula berlinang air mata . Namun Ash masih meneruskan katanya.

“Disebabkan cinta , awak pasti akan halang saya . Tapi cinta awak menjadi benci . Walaubagaimanapun saya tetap akan selamatkan awak”

“Selamatkan saya ?” Tanya Alex

“Ya , saya yakin Akim akan bunuh awak selepas bunuh saya. Tetapi Akim tak tahu saya telah menggunkan fungsi speed dial pada handphone , saya menghubungi ahli lain ketika kejadian tembakan tadi. Saya tidak  bercakap apa-apa pada handphone apabila ahli lain menjawab panggilan saya namun bunyi tembakan sudah cukup kuat untuk didengari dari handphone “

“Tapi macam mana mereka tahu lokasi kita ? ” Tanya Alex

“GPRS , dengan GPRS mereka tahu dimana kita berada namun tidak dapat tahu dengan tepat lokasinya. Hanya tahu saya berada di dalam hutan ini” Balas Ash

“Jadi , awak biar perempuan tu lari jauh dan tinggal seorang diri  di sini bagi membuatkan kami menyangka  awak sebenarnya lengahkan masa untuk dia lari. Tetapi sebenarnya untuk awak lengahkan masa untuk ahli lain cari lokasi sebenar awak sekarang ?”

“Betul , apabila saya yakin mereka berhampiran saya. Saya bagi satu lagi isyarat ” Cakap Ash

“Satu lagi ?”Tanya Alex

“Bunyi tembakan , bunyi tembakan pistol awak yang kuat telah memberitahu lokasi kita . Tembakan yang membunuh Akim . Seperti yang saya cakap tadi , saya mesti selamatkan awak. Jadi saya kena pastikan yang menembak awak .

“Awak gagal hasut saya , jadi awak hasut Akim. Akim yang belot dan cuba membunuh saya tetapi awak menghalang dan menolong saya . Saya yang tahu telah dihianati takkan teragak-agak untuk melepaskan tembakan pada Akim. Saya sudah kalah”. Alex jatuh terduduk ke lantai dan ahli kumpulan lain memberkas Alex.

“Saya dah lama bertaubat , saya hendak berhenti buat jenayah seperti ini. Saya harap satu hari nanti awak akan jadi gadis biasa. Ash meninggalkan Alex yang diberkas ahli kumpulannya.

“ASH ! Awak cintakan gadis tu ?”

“Saya cintakan dia sepenuh hati”

***

“Hiyah !” Aliya melompat ke atas katil mujurlah Ash sempat mengelak.

“Sayang ! Bahaya ” Marah Ash

“Oh hehe , saya tiru gusti semalam” Aliya tersenyum nakal.

“Kenapa tak gerakkan abang ?”

“Eleh , abang tu . Lepas sebuh jerk tido. Pergi kebun malas” Perli Aliya

“Ashraf , tetamu datang ” Suara ibu Aliya kedengaran dari luar

“Ya , emak ” Ash keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.

Terkejut Ash apabila Alex di ruang tamu.

“Alex ! “

“Ash , saya tak lama di sini . Terima kasih beri saya peluang kedua , pada lima tahun lepas . Nanti jemput datang ” Alex memberi sampul surat bewarna biru muda . Alex kemudiannya meninggalkan Ash.

Aliya kemudian datang dari belakang dan mencubit pipi Ash.

“Nak menggatal la tu” Rajuk Aliya

“Mana ada sayang nie , tu member lama . Dia pun dah nak kahwin ” Ash memberi sampul surat pemberiaan Alex kepada Aliya .

“Oh hehe “Aliya meninggalkan Alex dan menuju ke dapur.

“Aliya , abang nak tidur sebentar , nanti kejutkan abang” Ash baring di atas sofa di ruang tamu . Namun belum sempat Ash melelap mata seorang budak berumur empat tahun melompat ke badan Ash.

“Sakit pinggang papa ” Ash memarahi budak tersebut .

“Oh hehe , Mama ajar” Budak tersebut membalas

“ALIYA !” Ash menjerit dengan kuat

Published in: on August 8, 2009 at 12:46 pm  Leave a Comment